DOTA 2: Virtus Pro Tewas 0-2 Kepada EG Di Separuh Akhir Kejohanan ESL One Genting 2018

Selepas pertarungan sengit dalam perlawanan suku akhir ESL One Genting 2018 yang bermula hari ini, akhirnya Virtus Pro terpaksa melambai pulang kepada Evil Genius yang menewaskan mereka dengan kemenangan mudah 2-0, sebentar tadi.

Evil Geniuses dengan line up baru meletakkan Sumail di offlane nampaknya membuahkan hasil apabila jutawan Pakistan itu menggunakan Puck dengan sebaik mungkin, mengganggu core VP di perlawanan kedua. Sementara itu, Fear seperti biasa masih ada lagi baki kekuatan sebagai pemain veteran Dota 2 dengan posisi carry.

VP sebenarnya masih mampu untuk comeback dalam game kedua tapi line-up mereka kekurangan carry yang benar-benar memberi impak. Hasilnya, Phantom Lancer dimainkan RAMZES tidak begitu berjaya untuk farm sebaik mungkin dalam masa terhad. NoOne juga agak struggle dengan Death Prophet apabila ketiadaan ulti.

Dengan kekalahan itu, Virtus Pro akhirnya terpaksa menyerah kalah di pentas utama hari ini lalu memberi laluan kepada Evil Geniuses bertembung dengan Team Liquid pada match esok. Nantikan update dari MyGameOn untuk perlawanan-perlawanan seterusnya di sini dan juga Facebook kami. Akhir kata, Well Played VP!

RELATED NEWS

+