"> " /> " />

DOTA2: Alliance Umum Roster Baru – Nikobaby, Limmp, 33, Handsken Dan Fata
Organisasi e-sukan Dota 2 dari Sweden, Alliance mengumumkan roster baru menggantikan pemain-pemain terdahulu yang kini sah bersama Team Liquid.
 
Tidak sampai sehari selepas pengumuman dibuat Team Liquid, Alliance pula step up. Nampaknya mereka bersedia untuk menghadapi musim baru Dota Pro Circuit sekali gus melayakkan diri ke The International 10 di Stockholm, Sweden.
 
 Skuad ini akan diketuai oleh Fata dan mereka akan bertanding dalam kelayakan tertutup MDL Chengdu Major pada 5 Oktober ini.
“Sewaktu saya ingin mencari roster baru bagi Alliance Dota 2, memang saya tahu Nikobaby adalah orang patut saya hubungi. Apabila saya mendapat tahu dia sedang cuba bekerjasama dengan Fata, 33, Handsken dan Limmp untuk tubuhkan skuad, saya terus tertarik.
 
“Fata tak perlukan pengenalan, dia adalah pemain veteran dengan pengalaman luas dan minda yang tajam. 33 adalah pemain yang saya hormati kerana beliau sentiasa tenang dan punya gaya permainan unik. Handsken dan Limmp adalah pemain yang pernah bermain dengan Alliance. Mereka berdua dah banyak improve sejak bersama Alliance. Saya tak sabar untuk bekerjasama dengan dua pemain ini dan yang lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Alliance, Jonathan “Loda” Berg.
 
Ini adalah roster penuh:

Diharapkan skuad baru ini mampu untuk meningkatkan pengaruh Alliance dan membuatkan mereka relevan lagi dalam arena kompetitif Dota 2.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+