DOTA2: ESL Clash Of Nations Bangkok 2019 Mengumpulkan Lapan Skuad Terbaik Asia Pasifik

Syarikat e-sukan terbesar di dunia, ESL mengumumkan ESL Clash of Nations Bangkok 2019 yang dibawakan oleh Mercedes-Benz!

Acara ini menjadi sebahagian daripada Thailand Game Show 2019 dan korang akan dapat saksikan pasukan-pasukan Dota 2 dari rantau Asia Pasifik (APAC) berentap di Royal Paragon Hall pada 25 Oktober hingga 27 Oktober.

Sebanyak 8 pasukan terbaik Dota 2 dari APAC akan bertanding untuk merebut wang kemenangan USD50,000 (RM205,000) dan trofi ESL Clash of Nations untuk Dota 2, yang pertama di Asia.

Acara ini akan menampilkan pasukan yang memenangi siri Kejohanan Kebangsaan diadakan di seluruh Asia Tenggara dan juga 2 pasukan teratas dari Play-In:

– Pemenang Kejohanan ESL Thailand Musim Kedua
– Pemenang Kejohanan ESL Vietnam Musim Kedua
– Pemenang Kejohanan ESL Indonesia Musim Kedua
– Pemenang Kejohanan ESL MYSG Musim Kedua
– Slot pertama Play-In
– Slot kedua Play-In

Fasa Play-In pula akan dimainkan secara off-stage pada 24 Oktober dan 4 pasukan akan berentap menggunakan format GSL bagi menentukan 2 pasukan teratas yang akan mara ke acara utama.

– Pemenang Kejohanan ESL AUNZ Musim Pertama
– Pemenang Kejohanan ESL AUNZ Musim Kedua
– Wakil dari India
– Wakil dari Filipina

ESL berkata info lanjut mengenai Play-In akan diumumkan kemudian.

Setiap perlawanan ini akan disiarkan dalam 4 bahasa (Bahasa Inggeris, Thai, Vietnam dan Bahasa Indonesia) di saluran Youtube masing-masing.

Info lanjut boleh didapati di https://esl-clash.com/

Gambar: ESL

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+