Pemain kelahiran Jerman, Kuro Salehi Takhasomi (Kuroky) yang juga kapten pasukan Dota 2 terkenal, Team Nigma kini tersenarai dalam Forbes 30 Jerman.
Di laman web Forbes 30 di bawah 30 itu, ia menceritakan mengenai Kuroky sebagai seorang pemain e-sukan. Dari awal penglibatannya bersama Mousesports pada usia 16 tahun hinggalah menjuarai The International, sebuah kejohanan dunia Dota 2 pada 2017 dengan kemenangan sebanyak AS$10.8 juta.
“Saya buat semua ini hanya sekadar suka-suka kerana saya suka memasuki pertandingan,” kata Kuroky.
Sumber rujukan: Forbes