DOTA2: Panda Gergasi Adalah Identiti Baru Virtus.Pro Di The International 2019

Organisasi e-sukan Russia, Virtus.Pro menukar logo.identiti jenama mereka bagi mendekati komuniti peminat Dota 2 di China secara lebih dekat.

Menurut kenyataan dalam laman web rasmi mereka, perubahan itu dibuat secara eksklusif hanya untuk The International 2019.

“Peminat kami di Asia makin berkembang. Dengan adanya TI buat pertama kali di China, kami ingin dekati komuniti lokal di sini,” tulis kenyataan itu.

Perubahan ini dilihat daripada logo yang berbentuk beruang Panda yang dihasilkan oleh pereka grafik sama untuk logo mereka sekarang.

Mereka juga menggunakan simbol dan warna yang menjadi identiti negara China; warna merah, tulisan China dan beruang Panda gergasi.

Lebih menarik, peminat juga mempunyai panggilan istimewa untuk pasukan mereka yang bermaksud “perlawanan hebat”. Mereka menggabungkan ayat itu dalam logo baru ini. Juga kalau korang perasan, ada easter egg kecil yang mempunyai huruf VP yang tersorok dalam tulisan China. 

Virtus Pro turut melancarkan akaun Weibo rasmi mereka untuk kemaskini mengenai pemain-pemain ini nanti sewaktu bertanding di Shanghai, China. 

Korang boleh pra-tempah jersi baru ini di Fragstore.com ataupun kalau berkesempatan ke Shanghai, China, bolehlah dapatkannya di Mercedes Benz Arena di Shanghai nanti.

RELATED NEWS

+