DOTA2: Quincy Crew Kini Bermain Untuk Chaos Esports Club

Selepas berakhirnya The International 9, Quincy Crew ditubuhkan dan kini menyarungkan jersi Chaos Esports Club sempena kejohanan pertama mereka bagi Dota Pro Circuit musim 2019-2020. 

Jared Fletcher, Pengurus Besar Chaos Esports Club berkata dalam satu kenyataan, mereka ingin mencari roster Amerika Utara dan Quincy Crew adalah calon paling sesuai untuk ini.

“Mereka inginkan kemenangan dan belajar perkara baru untuk menjadi juara dunia. Jadi saya percaya, kami boleh bekerjasama dengan mereka untuk kecapi impian ini,” tulisnya seperti yang dilaporkan VP Esports.

Quincy Crew memulakan musim ini dengan kedua adik beradik Hassan yang mana menyaksikan Syed “SumaiL” Hassan bermain sebagai carry sementara abangnya, YawaR di offlane untuk kejohanan DOTA Summit Minor.

Oleh itu, mereka menggunakan khidmat Jonáš “SabeRLight-” Volek sebagai pemain dipinjamkan dari Team Singularity. Bagi jurulatih pula, Ilya “IllidanSTR” Pivtsaev masih menjalani percubaan. 

Roster penuh:

  • Yawar “Yawar” Hassan
  • Quinn “Quinn” Callahan
  • Jonáš “SabeRLight-” Volek (percubaan)
  • Arif “MSS” Anwar
  • Avery “ SVG” Silverman
  • Jurulatih: Ilya “IllidanSTR” Pivtsaev (percubaan)

(Sumber: VP Esports // Foto: Hotspawn)

RELATED NEWS

+