DOTA2: [RASMI] Team Liquid Adalah Alliance Yang Baru

Organisasi e-sukan terkemuka di Eropah, Team Liquid nampaknya sudah bersedia untuk menghadapi musim baru Dota Pro Circuit yang akan bermula tak lama lagi dengan merekrut bekas pemain-pemain Alliance!

Ini adalah lineup penuh roster baru Team Liquid:

Posisi 1 – Michael Vu (miCKe)

Posisi 2 – Maximilian Bröcker (qojqva)

Posisi 3 – Samuel Svahn (Boxi)

Posisi 4 – Tommy Le (Taiga)

Posisi 5 – Aydin Sarkohi (iNSaNiA)

Terdahulu, Liquid  melepaskan kesemua pemain mereka iaitu Kuroky, Miracle-, GH, Mind Control dan W33ha. 

Artikel berkaitan: Team Liquid lepaskan kesemua pemain Dota 2

Semestinya, pengumuman ini hadir dengan reaksi yang bercampur, ada yang gembira dan ada yang kecewa. Ini kerana skuad baru ini perlu diletakkan expectation yang tinggi bagi menyaingi barisan pemain terdahulu yang berjaya menjulang Aegis of Champions di The International 2017 dan seterusnya menjadi naib juara di TI9 baru-baru ini.

Bekas pemain Alliance ini mendapat tempat ke-13 di TI9 dan strategi mereka perlu diperkemaskan lagi bagi menghadapi pasukan-pasukan lain menjelang DPC nanti.

RELATED NEWS

+