DOTA2: rmN sekali lagi akan stand-in untuk KuroKy yang menjalani rawatan

Tinggal hanya dua hari sebelum acara OGA Dota PIT Season 3 EU/CIS bermula, Team Nigma mengesahkan yang mereka akan bermain tanpa adanya kapten mereka, KuroKy.

Difahamkan, sebelum ini KuroKy menghadapi masalah kesihatan dan perlu menjalani terapi. Kuro terlepas dua acara iaitu Dota Pit Season 2 dan OMEGA League: Europe Immortal Division yang mana Nigma masing-masing raih juara dan tempat ketiga. 

Roman “rmN” Paley menjadi stand-in untuk kedua-dua acara dan akan buat sekali lagi untuk OGA Dota Pit Season 3 EU/CIS.

Satu ciapan menceritakan Kuroky masih menjalani rawatan dan rmN sekali lagi akan menggantikan posisinya.

Lineup penuh Nigma untuk OGA Dota Pit Season 3 EU/CIS:

  1. Amer “Miracle-“ Al-Barkawi
  2. Aliwi “w33” Omar
  3. Ivan “MinD_ContRoL” Ivanov
  4. Maroun “GH” Merhej
  5. Roman “rmN-“ Paley

Seharapnya KuroKy cepat sembuh dan dapat bertanding untuk Nigma pada masa akan datang.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+