Draxx Kini Mencapai 100,000 Pengikut Di Facebook Page

Pemain kompetitif PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile), Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid, 20 atau lebih dikenali sebagai Draxx kini mempunyai 100,000 jumlah pengikut (followers) di laman Facebook page rasmi miliknya.

Page yang didaftarkan atas nama Draxx atau @DraxxLivestream itu diasaskan sejak Oktober 2018 hingga kini. Anak muda ini mengambil masa hanya setahun untuk mencapai angka demikian.

Ketika mengadakan penstriman langsung, Draxx mengumpul rata-rata lebih 40,000 jumlah tontonan bagi setiap video dan lebih 800 penonton yang secara langsung menonton videonya.

Tidak hanya bermain game untuk dijadikan pendapatan utama di bawah program Facebook Gaming, Draxx juga merupakan ahli kumpulan Yoodo Gank bersama rakan-rakannya, ManParang, iSh0tz, Geek dan Zully. Mereka baru-baru ini layak ke PMCO Global Finals yang akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur pada akhir November ini.

Dalam satu temuramah bersama Mstar, Draxx yang masih lagi belajar mengakui kerjayanya sebagai penghibur penstriman langsung tidak mengganggu rutin hariannya.

“Ia tak menggaggu atau membuatkan saya abaikan pelajaran sebaliknya boleh hilangkan tekanan apabila dapat berinteraksi dengan penonton” katanya yang hanya strim pada waktu malam selepas tamat kuliah.

Draxx juga seorang yang ringan tulang dengan membantu ibu dan bapanya selain membayar yuran pengajian dengan pendapatan diperoleh sebagai penghibur penstriman langsung.

Baru-baru ini, Draxx juga membantu pasukannya untuk memenangi Permainan Siber Selangor 2019 apabila diambil sebagai pemain utama pada hari kedua kejohanan itu.

RELATED NEWS

+