Dua DLC dan pelbagai kandungan percuma akan dilancarkan untuk Assassin’s Creed Valhalla

Ubisoft telah mengeluarkan trailer yang memperincikan kandungan-kandungan pasca-pelancaran Assassin’s Creed Valhalla termasuk dua kandungan tambahan (DLC), perancangan kandungan percuma, dan butiran Season Pass.

Mereka yang membeli Season Pass atau Assassin’s Creed Valhalla Gold Edition dan Assassin’s Creed Valhalla Ultimate Edition akan menerima semua kandungan ini dan juga misi eksklusif The Legend of Beowulf.

DLC pertama yang akan dilancarkan ialah Wrath of the Druids. Dalam DLC ini, pemain akan mencari dan memburu ahli-ahli kultus druid Children of Danu. Perjalanan pemain dalam DLC ini juga akan mempengaruhi sistem perniagaan di Dublin pada zaman tersebut. DLC ini akan dilancarkan pada musim bunga 2021.

DLC kedua pula ialah The Siege of Paris dan ia akan dilancarkan pada musim panas 2021. Seperti yang dinyatakan dalam tajuk DLC ini, pemain akan melibatkan diri dalam peristiwa bersejarah yang sama dan bertarung dengan tentera elit raja West Francia pada waktu tersebut iaitu Charles II atau Charles the Bald.

Kandungan percuma bermusim juga diumumkan dan semua pemain Assassin’s Creed Valhalla akan menerima kandungan tersebut. Setiap kandungan bermusim memperkenalkan acara-acara, kelengkapan, dan misi-misi baharu. Kandungan bermusim percuma yang pertama akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Ubisoft juga akan mengembalikan Discovery Tour. Untuk anda yang tidak pernah main permainan Assassin’s Creed sebelum ini, Discovery Tour ialah mod permainan yang membenarkan anda untuk mengembara dan melihat lokasi-lokasi bersejarah tanpa gangguan musuh dan apa-apa elemen merbahaya.

Semua ini merupakan perkara biasa untuk Ubisoft. Ini adalah cara mereka untuk meyakinkan para peminat Assassin’s Creed Valhalla untuk membeli Season Pass atau versi-versi yang lebih mahal seperti Gold Edition dan Ultimate Edition.

Jika anda sangat berminat dengan permainan Assassin’s Creed, mungkin berbaloi untuk anda membeli versi-versi tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+