DualShock 4 boleh digunakan di PS5 tetapi hanya untuk permainan video PS4

Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengesahkan bahawa alat kawalan PlayStation 4 (PS4) iaitu DualShock 4 boleh digunakan di PlayStation 5 (PS5) tetapi hanya untuk permainan video yang dilancarkan untuk PS4.

Maklumat ini dikongsikan melalui PlayStation Blog di mana SIE juga menjawab beberapa soalan lain berkenaan keserasian persisian dan aksesori PS4 bersama PS5.

Berikut adalah senarai persisian (peripherals) dan aksesori PS4 yang boleh diguna di PS5:

  • Persisian khas seperti roda stereng berlesen, kayu arked, dan alat kawalan permainan penerbangan boleh digunakan untuk main permainan video PS5 dan permainan video PS4 yang disokong.
  • Platinum dan Gold Wireless Headsets dan juga headset pihak ketiga yang boleh disambung melalui USB atau audio jack. (Aplikasi pendamping headset tidak boleh digunakan di PS5.)
  • Alat kawalan DualShock 4 dan alat-alat kawalan pihak ketiga berlesan boleh digunakan untuk main permainan video PS4.
  • PS Move Motion Controllers dan PlayStation VR Aim Controller boleh digunakan untuk main permainan video PS VR di PS5.

Menjawab soalan mengenai ketidakserasian DualShock 4 dengan permainan video PS5, SIE menyatakan bahawa ini adalah kerana permainan video PS5 akan menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi baharu yang terdapat di alat kawalan DualSense.

PlayStation Camera juga boleh disambung ke konsol PS5 dengan menggunakan penyesuai PlayStation Camera yang akan diberikan kepada pemilik PS VR secara percuma. Maklumat mengenai cara untuk mendapatkan penyesuai ini akan dikongsikan pada masa depan.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+