hari ini mengumumkan kepulangan semula game EA untuk gedung game digital PC, Steam yang diuruskan oleh Valve. Pada tahun 2011, EA menarik semua game PC daripada Steam untuk melancarkan aplikasi pelancar khas di PC, Origin."> hari ini mengumumkan kepulangan semula game EA untuk gedung game digital PC, Steam yang diuruskan oleh Valve. Pada tahun 2011, EA menarik semua game PC daripada Steam untuk melancarkan aplikasi pelancar khas di PC, Origin." /> hari ini mengumumkan kepulangan semula game EA untuk gedung game digital PC, Steam yang diuruskan oleh Valve. Pada tahun 2011, EA menarik semua game PC daripada Steam untuk melancarkan aplikasi pelancar khas di PC, Origin." />

EA Kembali Ke Steam Bermula Dengan Star Wars Jedi: Fallen Order

Electronic Arts (EA) hari ini mengumumkan kepulangan semula game EA untuk gedung game digital PC, Steam yang diuruskan oleh Valve. Pada tahun 2011, EA menarik semua game PC daripada Steam untuk melancarkan aplikasi pelancar khas di PC, Origin. 

Kerjasama EA dan Valve ini bermakna korang boleh mula pra-tempah Star Wars Jedi: Fallen Order di Steam yang akan dilancarkan pada 15 November.

Sehubungan dengan pengumuman itu, EA Access akan datang ke Steam bermula pada tahun 2020. EA Access adalah servis langganan yang mana membolehkan korang untuk menikmati semua game diterbitkan dan dibangunkan oleh EA beberapa hari lebih awal serta dapat diskaun sebanyak 10% dalam satu harga yang sama. Ini menjadikan Steam sebagai platform keempat yang menerima EA Access selepas dilancarkan di PS4, Xbox One dan Origin (PC).

Menurut gamesindustry.biz, harga EA Access untuk Steam akan ikut sama seperti konsol dan Origin Access (PC) untuk tahap Basic. Ini bermakna EA Access untuk Steam bernilai RM99 untuk satu tahun manakala RM19 untuk sebulan.

Apex Legends

 

Bukan setakat Star Wars Jedi: Fallen Order sahaja, game EA terkenal lain juga bakal muncul di Steam seperti The Sims 4 dan Unravel 2 pada beberapa bulan akan datang. Game multiplayer seperti Apex Legends, FIFA 20 dan Battlefield V akan tiba di Steam pada tahun depan yang mana pemain di Origin dan Steam boleh bermain bersama-sama.

Kita lihat EA telah mengembalikan game PC ke Steam. Korang rasa syarikat lain seperti Ubisoft, Blizzard dan Bethesda akan mengalu-alukan game PC mereka di Steam ke? Kongsikan pendapat korang bersama kami di FacebookTwitter dan Instagram.

Sumber: VG24/7

 

RELATED NEWS

+