Echo Akan Menyertai Overwatch Pada 14 April 2020

Watak Overwatch terbaru yang didedahkan pada bulan lepas iaitu Echo akhirnya akan dimasukkan ke dalam permainan video tersebut pada 14 April 2020.

Blizzard mengesahkan perkara ini melalui satu ciapan di Twitter hari ini. Echo merupakan watak baharu terakhir sehingga pelancaran Overwatch 2 yang masih sedang dibangunkan.

Watak tersebut telah diuji dalam Public Test Region (PTR) selama beberapa minggu dan ramai pemain mendapati dia terlalu kuat. Hal ini kerana dia mempunyai satu kemahiran ultimate yang membolehkannya untuk meniru mana-mana watak lain dan boleh memenuhkan meter ultimate dengan sangat cepat.

Adakah ini bermaksud Blizzard telah berjaya untuk nerf watak tersebut sehingga menjadi lebih adil dan seimbang? Kita tunggu dan lihat pada 14 April 2020.

Sumber: Blizzard

RELATED NEWS

+