Elder Scrolls Blade Adalah Permainan Di Telefon Pintar, Akan Hadir Ke iOS dan Android

Permainan Elder Scrolls seterusnya diumumkan. Dinamakan Elder Scrolls Blades, ia adalah permainan ‘Elder Scrolls asli’ dengan ‘kualiti grafik konsol’ walaupun dikeluarkan sebagai permainan mudah alih (peranti pintar).

Bethesda mengatakan Blades adalah ‘pengalaman luar biasa di mobile‘. Bagaimanapun, syarikat itu juga mengatakan mereka sedang membangunkan Blades untuk pelancaran di konsol, PC dan VR. Ia percuma, dan akan hadir ke iOS dan Android pada September nanti. Pra-tempah dan boleh dibuat sekarang dan pra-pendaftaran di laman web Bethesda.

Ia menampilkan PvP yang juga cross-platform bermakna pemain di PC boleh berentap dengan mereka di iOS. Ia juga mempunyai mekanisme pembinaan bandar; sementara korang bina bandar dari masa ke semasa, korang akan unlock NPC baru dan misi baru.

Ia bukanlah permainan berteraskan pembinaan bandar tapi satu elemen yang penting dimasukkan dalam game itu.

RELATED NEWS

+