EVOS SG akan bubar selepas kejohanan dunia, M2 tamat

Jika kita sebut sahaja nama pasukan EVOS SG, pasti ramai yang mengenali mereka. Juara MPL MY/SG Musim Keempat ini merupakan pasukan yang konsisten sejak awal acara kejohanan MPL MY/SG ditubuhkan.

Berbeza dengan pasukan e-sukan yang lain, kebanyakan pasukan Mobile Legends dari Singapura menjadikan e-sukan sebagai kerjaya separuh masa.

Menurut temubual wakil EVOS, Matthew Chan kepada ONE Esports mengatakan, “Sebahagian besar pemain EVOS SG sudah tampil di arena kompetitif kurang lebih dua tahun sejak MPL MY/SG Musim Kedua.

“Sekarang saya boleh katakan pasukan ini akan bubar selepas M2,” ujarnya.

Beliau juga berkata “Jika para pemain berubah fikiran setelah selesai pertandingan, kami juga akan menerimanya. Jadi, kami pasti akan berbincang segalanya kembali dengan pemain-pemain. Mereka juga harus tahu tentang pelan Moontoon untuk MPL SG.

“Buat masa sekarang ini saya boleh kata pasukan ini akan betul-betul bubar. Jika membuat comeback, kami selalu membuka peluang untuk sebarang kemungkinan,” katanya.

Dengan pengumuman ini pastinya pasukan EVOS SG akan berusaha habis-habisan untuk memenangi kejohanan dunia M2. Pasti kita akan terpukau oleh aksi yang bakal ditonjolkan oleh pasukan mereka dalam peringkat kumpulan bermula minggu ini.

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+