Expansion World Cup Russia 2018 Akan Hadir Secara Percuma Pada 29 Mei Ini Di FIFA 18

FIFA 18 sudah lama menjadi permainan video kegilaan anak muda di negara kita. Disebabkan ia berkaitan dengan bola sepak sebenar, jadi tak hairanlah kalau EA Sports menyertakan sekali expansion untuk FIFA 2018 World Cup Russia!

Pemain akan menyaksikan 32 pasukan baru yang menyertai World Cup, ditambahkan ke dalam permainan termasuklah ke dalam mod FIFA Ultimate Team (FUT). Korang boleh jangkakan pemain handalan setiap negara yang menyarungkan jersi kebangsaan dan menyaksikan mereka beraksi di 12 stadium di Russia.

Penambahan grafik seperti immersive atmosphere yang akan mengubah kedudukan matahari di setiap stadium juga disertakan. Expansion percuma ini akan mula ditawarkan kepada umum bermula 29 Mei ini di FIFA 18 (PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan juga PC).

Sumber: Gamesradar

RELATED NEWS

+