Ezzy Esports dijenamakan sebagai Suhaz Esports

Organisasi e-sukan, Ezzy Esports kini dikenali sebagai Suhaz Esports.

Dalam satu posting di Facebook, Ezzy Esports yang memulakan langkah hampir setahun dalam industri e-sukan di Malaysia membuat keputusan untuk penjenamaan semula.

“Bermula hari ini, Suhaz Esports akan menyambung legasi Ezzy dalam usaha meningkatkan martabat e-sukan di Malaysia.

“Kami berharap walaupun penukaran nama dilakukan, penyokong-penyokong kami tetap teguh menyokong kami,” katanya.

Ezzy sebelum ini pernah meminjamkan dua pemain mereka, Hyhy dan D’ace kepada Orange Louvre Esports untuk bertanding di MPL MYSG musim keenam.

Pastinya kali ini mereka ingin melakukan yang terbaik untuk layak ke MPL Malaysia musim ketujuh pula. 

RELATED NEWS

+