Faker Tandatangani Tiga Tahun Kontrak Dengan T1, Akan Jadi Pemilik Bersama

Lee “Faker” Sang-hyeok nampaknya ingin membawa kariernya ke tahap lebih tinggi. 

Pemain League of Legends terkenal dari Korea Selatan itu baru saja menandatangani kontrak tiga tahun bersama T1 sebagai pemilik bersama T1 Entertainment & Sports.

Lapor ESPN, Faker akan mengambil alih tugasan sebagai seorang pemimpin dalam syarikat itu apabila bersara nanti.

Bagi pencapaiannya, Faker memenangi tiga kali Kejohanan Dunia Worlds, beberapa anugerah pemain MVP dan banyak lagi kejohanan sepanjang tujuh tahun karier profesionalnya.

Faker akan meneruskan kariernya untuk meraih takhta keempat di Worlds selepas menandatangani kontrak baru ini.

Info lanjut mengenai kenyataan Faker boleh dibaca di laman web ini.

Sumber: DotEsports

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+