Far Cry 5 Menambah New Game Plus Dan Infamous Difficulty Mode

Ubisoft mengumumkan New Game Plus, satu peringkat difficulty baru dan juga kostum yang boleh didapatkan dalam Far Cry 5.

Update itu dah pun live dan korang boleh bermain New Game Plus ini dalam solo atau co-op dan menaikkan difficulty dalam Infamous, satu level baru diperkenalkan.

Seperti biasa dalam mana-mana New Game Plus yang membawa save file asal, senjata, gear, kenderaan, duit, kostum dan sebagainya akan dibawa bersama termasuklah progression untuk Challenge dan Arcade.

Selain itu, AI akan mengenakan damage lebih tinggi, mempunyai kapasiti nyawa lebih banyak dan akan memberi respons lebih aktif berbanding dulu.

Lebih menarik, korang boleh mendapatkan Rock Outfit dan mendapatkan Ubisoft Club Badge berserta trofi atau achievement kalau korang cuba main New Game Plus di Infamous.

Sumber: VG247

RELATED NEWS

+