FarmVille akan ditutup selepas 11 tahun dimainkan di Facebook

Ramai yang menyukai permainan Farmville yang memberikan kebebasan kepada pemainnya untuk memiliki sebuah kebun yang besar.

Selepas 11 tahun beroperasi di Facebook,  akhirnya Zynga memutuskan ia akan ditutup pada hujung tahun ini. Pengumuman ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Facebook takkan lagi menyokong permainan Flash pada 31 Disember, sama tarikh Adobe menutup terus flash player di laman web.

Tapi bagi peminat yang sudah lama menggunakan Farmville sebagai platform menambah dan berinteraksi bersama kawan di Facebook, nampaknya ia menjadi satu kekecewaan.  

Farmville dilancarkan pada 2009 dan mencatatkan 10 juta pemain aktif setiap hari, kurang dari dua bulan dilancarkan. Pada zaman kegemilangannya, 30 juta pemain direkodkan.

Walaupun versi peranti pintar dan sekuelnya dilancarkan, ia tak sama fenomenanya seperti asal.

Anda boleh terus menggunakan pembelian dalam permainan sehingga 17 November dan kemudian sistem pembayaran akan berhenti beroperasi. Buat anda yang masih bermain, anda mempunyai tempoh sehingga 31 Disember sebelum permainan ini ditutup buat selama-lamanya.

Versi peranti pintar untuk FarmVille 3 akan hadir tak lama lagi, menurut Zynga.

Sumber rujukan: TheVerge

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+