dilantik sebagai duta organisasi e-sukan, Team Bosskurr."> dilantik sebagai duta organisasi e-sukan, Team Bosskurr." /> dilantik sebagai duta organisasi e-sukan, Team Bosskurr." />

Fiera Fendi Kini Duta ROG, Turut Berkongsi Pengalaman Menceburi Industri E-Sukan

Pengacara dan hos, Fiera Fendi kini sah menjadi duta Republic of Gamers (ROG) Malaysia bermula semalam. Sebelum ini, gadis berusia 22 tahun ini dilantik sebagai duta organisasi e-sukan, Team Bosskurr.

Tulisnya di Instagram, dia berharap peminat menantikan kandungan baru yang akan dikeluarkan di media sosial berkaitan ROG.

Ketika dihubungi penulis, Fiera berkata dia akan terlibat dan hadir ke acara dan kempen ROG selain mempromosikan produk terbaru yang terdiri daripada perkakasan gaming keluaran mereka. 

“Saya sebenarnya tak sangka dapat berkolaborasi dengan jenama besar, lagi-lagi pada usia begini. Saya sangat bersyukur atas rezeki tahun baru ini. Alhamdulillah,” katanya.

Fiera juga menerima sokongan daripada teman rapat dan keluarga yang tak henti memberi sokongan dan mendalami karier dipilihnya ini.

“Macam keluarga Fiera, mereka faham dan beri sokongan daripada awal.

“Fiera kalau boleh nak pelbagaikan kemahiran, tak terhad kepada hos dan bidang pengacaraan saja seperti sebelum ini,” katanya yang berasal dari Kluang, Johor.

Sudah hampir dua tahun dalam industri, Fiera menganggap industri e-sukan ini walau mencabar untuk golongan gadis sepertinya tapi ia juga sebagai dorongan untuk berjaya.

“Mentaliti seperti wanita tidak hebat seperti lelaki dan sebagainya masih ada tapi saya cuba anggap itu sebagai cabaran.

“Sebelum ini saya seorang yang pemalu, takut berada di atas pentas. Tapi sejak berkecimpung dalam bidang ini, ia mengajar saya jadi lebih yakin dan membantu dari segi kemahiran komunikasi.

“Yang penting, kerjaya dipilih ini dapat bantu saya buang rasa malu dan berbakti kepada keluarga,” katanya.

(Foto: IG @fierafendi)

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+