FIFA 18: Luqman ‘Fenrir’ Haziq Ingin Buat Yang Terbaik Dalam PlayStation League Asia 2018

Penulis sudah banyak kali menghadiri kejohanan e-sukan di serata negara tapi boleh katakan, kali ini agak berbeza berbanding yang lain. Kenapa? Ini kerana dua nama besar iaitu ESL Asia dan Sony Playstation Asia berkolaborasi buat pertama kali menganjurkan kejohanan playoff bagi FIFA 18 dan Call of Duty! Sebelum ini, dua syarikat gergasi ini sudah pun bekerjasama menjalankan ESL Play, kejohanan e-sukan berperingkat yang diadakan dalam talian bermula tahun lalu.

Hari ini, Battle Arena di Petaling Jaya dipilih bagi sidang media yang diadakan. Selain rakan media yang hadir, sudah tentunya penulis sendiri sempat menemui wakil negara bagi kejohanan PlayStation League Asia 2018 dan Call of Duty World War II 2018 Asia Championship ini. 

Acara berprestij di Malaysia ini mengumpulkan sejumlah 12 penyertaan pasukan dan juga individu (FIFA) untuk bertanding merebut gelaran juara di rantau ini dan bagi pemain Malaysia, mengharumkan nama negara bermain di tempat sendiri.

Bagi FIFA 18, kita mempunyai wakil yang ke Barcelona sendiri iaitu, Luqman ‘Fenrir’ Haziq.  Sewaktu ditemui, Luqman kelihatan bersahaja, seolah bersedia menghadapi saringan yang akan bermula pada Ahad nanti. Katanya, dia dah membuat persiapan, antaranya persiapan mental yang dianggap sangat penting untuk berdepan jaguh dari luar negara.

“Saya memang dah lama bersedia sebab saya nak baiki kesilapan sewaktu bertanding di Barcelona dulu. Banyak yang kena ubah terutamanya persiapan dari segi mental kerana tak lama lagi saya akan menghadapi final exam.

“Tapi ia tak menghalang saya untuk buat yang terbaik kerana kejohanan ini akan melayakkan juara ke EA SPORTS FIFA 18 Global Series di Amsterdam, Belanda jadi semestinya saya taknak terlepas peluang itu,”

Luqman juga mengatakan kejohanan ESL Asia dan Sony ini sangat dinantikan kerana ia menggunakan mod FUT dan kali ini akan menunjukkan prestasinya bermain mod itu di tempat sendiri.

“Bagi saya, mod ini sangat kompetitif dan perlu dijadikan sebagai syarat pertandingan FIFA untuk masa akan datang kerana di luar negara, mereka menjadikan mod ini sebagai standard format. Jadi nak tak nak, kita kena biasakan diri bermain mod ini,”

Akhir kata, Luqman berharap dia dapat mempamerkan prestasi luar biasa pada Ahad nanti dan kemudiannya mengharumkan nama negara bermain di tempat sendiri.

Kejohanan PlayStation League Asia 2018 dan Call of Duty World War II 2018 Asia Championship mengumpulkan empat skuad Call of Duty dari Malaysia dan Singapura merebut wang tunai USD$20,000 dan slot ke open bracket CWL Anaheim dengan kos perjalanan yang ditaja sepenuhnya.

Juga menyertai ialah lapan pemain FIFA 18 dari rantau Asia termasuklah Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Malaysia merebut wang tunai USD$10,000 dan slot ke EA SPORTS FIFA 18 Global Series Playoff, Amsterdam, Belanda pada akhir Mei nanti.

Korang boleh usha penstriman langsung di:

Twitch: 

COD

FIFA

YOUTUBE:

FIFA

COD 

Facebook:

PlayStation Asia Facebook

RELATED NEWS

+