FIFA 18 Mengungguli Carta Jualan Di UK, Mengalahkan Detroit: Become Human

Walaupun dah hampir setahun dikeluarkan, FIFA 18 masih terjual dengan banyak untuk meletakkan posisinya di tangga teratas dalam carta jualan di United Kingdom untuk minggu lepas. 

FIFA 18 mengalahkan permainan video terbaru Quantic Dream, Detroit: Become Human yang kini menduduki tangga kedua dalam senarai itu manakala Far Cry 5 dan God of War yang terjual dengan baik dan mengekalkan di tangga 5 terbaik. 

Kemenangan ini pastinya berkait rapat dengan kandungan baru World Cup yang menarik minat semua orang termasuklah mereka yang mungkin tak pernah menyentuh FIFA pun. FIFA 18 juga menerima diskaun di PlayStation Store baru-baru ini jadi mungkin itu antara sebab lebih ramai membeli FIFA 18 sebelum menantikan FIFA 19 pula keluar.

Sumber: PlayStation Lifestyle

RELATED NEWS

+