Filem Monster Hunter Menampilkan Milla Jovovich Dalam Pakaian Tentera Moden

Filem Monster Hunter kelihatan jauh panggang dari api dari siri game asal apabila melihat gambar set di sebalik tabir filem ini.

Jika korang masih lagi tertanya-tanya, Monster Hunter bakal dibikin menjadi sebuah filem yang diarahkan oleh pengarah sama yang membawakan Resident Evil ke layar perak iaitu Paul W.S Anderson dan juga dibintangi oleh Milla Jovovich.

Filem ini mengisahkan sekumpulan tentera UN tiba-tiba termasuk dalam dimensi lain yang dipenuhi oleh banyak raksasa. Jovovich bertemu dengan seorang pemburu yang dilakonkan oleh Tony Jaa.

Nampak gayanya bahagian awal filem ini akan menampilkan Jovovich menggunakan senjata askar moden dan kemudian akan bertukar menggunakan senjata tradisional Monster Hunter.

Jovovich aktif memuatnaik gambar set filem Monster Hunter melalui laman Instagram peribadinya. Teraju utama filem Resident Evil ini mendedahkan beliau akan memainkan watak sebagai Captain Natalie Artemis yang berpangkat Ranger sambil menyarung sebuah senjata Monster Hunter World dikenali sebagai Slinger.

Menurut temuramah Anderson bersama Slashfilm, pengarah yang membawakan Resident Evil ke layar perak dan juga seorang peminat tegar siri Monster Hunter berasa sangat teruja untuk mengarah filem ini. Beliau berkata, “Saya memang dah lama minat Monster Hunter sebelum orang Barat tahu pasal game ini kerana saya banyak menghabiskan masa saya di Jepun dan saya jatuh cinta dengan visual game ini. Saya sudah berunding dengan Capcom sejak 9 tahun lalu. Filem ini adalah sebuah projek impian saya iaitu 9 tahun dalam pembikinan.”

Apabila ditanyakan kemungkinan watak baru dalam filem Monster Hunter seperti Resident Evil yang membawa masuk karakter tak wujud dalam game asal seperti watak utama Alice, Anderson menjawab, “Tidak. Filem ini ada banyak karakter dari game asal seperti The Handler and Admiral, Aiden, Aiden’s Handler dan kami mahukan Palico.” Beliau menjelaskan filem ini juga akan memasuki raksasa dari Monster Hunter World dan juga game sebelum ini khas untuk peminat fanatik siri ini.

Setakat ini, tiada lagi tarikh rasmi diumumkan untuk filem Monster Hunter. Apa-apa pun, kami mengharapkan filem Monster Hunter ini tidak tersasar terlalu jauh seperti filem Resident Evil.

Sumber: Game Informer

RELATED NEWS

+