Filem Penuh Detective Pikachu Telah Bocor Di YouTube – Biar Betul?!

Peminat tegar Pokemon sudah tentu tidak sabar untuk menonton filem Detective Pikachu!

Korang kini boleh tonton seluruh filem Detective Pikachu yang telah ‘dibocorkan’ di YouTube sehari sebelum pelancaran rasmi ke layar perak. Tapi, ini betul-betul filem sebenar atau cubaan sahaja?

Video filem penuh berjudul POKÉMON Detective Pikachu dimuatnaik oleh akaun bernama Inspector Pikachu semalam dan turut dikongsikan kepada pengguna Twitter. Tweet berkenaan turut mendapat perhatian pelakon suara Detective Pikachu, Ryan Reynolds dan dia juga kongsikan ke laman Twitter peribadinya.

Malangnya, video berdurasi 102 minit adalah jenaka semata-mata dan pemasaran genius oleh pihak Warner Bros.. Setelah susulan logo Warner Bros. Pictures, Legendary dan The Pokémon Company dipaparkan, protagonis utama di samping Detective Pikachu, Tim Goodman berjalan-jalan di bandar Rime City.

Ketika Tim sedang berjalan, ada sesuatu yang menarik perhatiannya iaitu Pikachu yang sedang menari. Ya, itulah Pikachu yang akan asyik menari selama 100 minit. Sebenarnya, paparan filem Detective Pikachu yang rasmi hanya ditayangkan lebih kurang 1 minit sahaja.

Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita mestilah bersabar dengan segala cabaran. Detective Pikachu akan ditayangkan di Malaysia pada 9 Mei 2019.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+