Filem Resident Evil reboot ditunda ke 24 November

Seperti yang kita tahu, Resident Evil: Welcome to Raccoon City adalah taruhan terbaru bagi filem reboot untuk francais berkenaan.

Bagaimanapun, ia akan ditunda ke tarikh 24 November ini. Sebelum ini, ia dijadualkan untuk tarikh tayangan pada 3 September.

Ini bagi mengelakkan daripada bersaing dengan blokbuster seperti Shang-Chi yang merupakan filem Marvel.

Menurut Eurogamer, filem reboot ini akan memperkenalkan elemen daripada dua permainan awal Resident Evil yang mana duo hebat, Chris dan Jill akan meneroka rumah agam manakala Leon dan Claire menyelesaikan misi di downtown Raccoon City.

Pelakon Pirates of the Caribbean dan The Maze Runner, Kaya Scodelario akan membintangi sebagai Claire Redfield, Hannah John-Kamen yang juga membintangi filem Avengers juga akan tampil sebagai Jill Valentine.

Robbie Amell pula akan membawa watak Chris Redfield dan Avan Jogia (Zombieland: Double Tap) sebagai Leon S. Kennedy.

Selain filem reboot, Netflix juga akan melancarkan siri animasi Resident Evil: Infinite Darkness manakala Capcom pula akan melancarkan judul kelapan RE iaitu Village, pada 7 Mei ini di konsol generasi baharu.

Sumber: Eurogamer

RELATED NEWS

+