Filem Sonic The Hedgehog Menunjukkan Rekaan Semula Watak Sonic, Seakan Sama Dalam Video Game

Filem The Sonic the Hedgehog dinanti-nanti peminat francais berkenaan yang membesar dengan bermain permainan video sebagai karakter Sonic.

Pada awal pengumumannya, filem ini menerima kritikan teruk kerana rekaan watak Sonic kerana giginya yang dikatakan seperti manusia hinggalah ke kakinya dan hasilnya, filem ini ditunda untuk mereka kembali watak ikonik ini.

Namun, selepas hampir berapa lama menyiapkan filem ini, nampaknya rekaan baru kini ditunjukkan melalui akaun Twitter @TailsChannel.

Rekaan baru Sonic the Hedgehog ini hampir sama dengan rekaan asal dalam permainan video. Matanya nampak lebih cartoonish, dan Sonic lebih pendek dan warna kasut hitam putih menyamai dalam game. 

Filem ini pada mulanya dikhabarkan akan hadir ke panggung pada 8 November tapi ditunda sehingga 14 Februari 2020. Ia diarahkan oleh Jeff Fowler, ditulis oleh Patrick Casey, Josh Miller dan Orien Uziel. Filem ini membintangi James Marden, Ben Schwartz, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Neal McDonough, Adam Pally, dan Jim Carrey. 

TAGS

RELATED NEWS

+