Filem The Angry Birds Movie 2 Akan Ditayangkan Pada 20 September 2019 – Umum Sony & Rovio

Angry Birds. Satu game yang menjadi fenomena di iOS dan Android suatu ketika dulu. Sampaikan ia diadaptasi menjadi sebuah filem!

Kali ini, Sony Pictures dan Rovio Entertainment mencapai kata sepakat untuk mengeluarkan sekuel kepada The Angry Birds Movie yang akan hadir di pawagam pada 20 September, 2019.

Mereka juga mengesahkan pelakon suara seperti Jason Sudeikis, Josh Gad, Bill Hader, Danny McBride dan Peter Dinklage akan membuat kemunculan semula.

Filem Angry Birds Movie 2 ini akan diarahkan oleh Thurop Van Orman (Adventure Time) dan John Rice (King of the Hill, Rick and Morty) sebagai Pengarah Bersama. John Cohen (Despicable Me, The Angry Birds Movie) pula akan kembali sebagai penerbit. Filem pertama itu mendapat hasil kutipan yang tinggi iaitu USD352 juta dan mendapat kedudukan pertama di carta pawagam di 50 negara pada Mei 2016.

Pastinya filem ini akan membantu Rovio untuk menambah keuntungan syarikat yang kini mengalami kerugian untuk permainan mudah alih mereka (Angry Birds sudah lama jatuh dari carta AppStore dan PlayStore).

Sumber: Gamesindustry

RELATED NEWS

+