Variety melaporkan bahawa proses pembikinan filem ini masih berada pada tahap yang sangat awal."> Variety melaporkan bahawa proses pembikinan filem ini masih berada pada tahap yang sangat awal." /> Variety melaporkan bahawa proses pembikinan filem ini masih berada pada tahap yang sangat awal." />

Filem Yakuza bakal menjadi kenyataan

Sega akan bekerjasama dengan 1212 Entertainment dan Wild Sheep Content untuk menghasilkan sebuah filem Yakuza yang diadaptasikan dari siri permainan yang bertajuk sama. Variety melaporkan bahawa proses pembikinan filem ini masih berada pada tahap yang sangat awal.

Ketiga-tiga syarikat di atas kini sedang mencari penulis-penulis skrip untuk projek ini. Filem ini akan diterbitkan oleh Erik Barmack, Roberto Grande, dan Joshua Long. Pada waktu ini, tiada maklumat lain mengenai projek ini telah dikongsikan oleh Sega dan syarikat penerbitan yang terlibat.

Erik Barmack ialah penubuh Wild Sheep Content dan sebelum ini beliau pernah bertuga sebagai Naib Presiden Kandungan Antarabangsa di Netflix. Roberto Grande dan Joshua Long pula merupakan penerbit dari 1212 Entertainment dan mereka pernah menerbitkan filem Scary Stories to Tell in the Dark.

Pada pendapat penulis, ini merupakan satu projek yang agak menarik kerana jalan cerita siri permainan Yakuza sangat sesuai dijadikan filem. Terdapat unsur-unsur aksi, persahabatan, kekeluargaan, keinsafan, dan juga kelucuan. Ia pasti menjadi filem yang menarik jika ditulis oleh individu-individu yang memahami siri permainan tersebut.

Sumber: Variety

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+