Final Fantasy VII Remake catat jumlah muat turun tertinggi di PS4 pada bulan April

Pihak Sony telah mengumumkan carta permainan video yang paling banyak dimuat turun pada bulan April 2020. Seperti yang dijangka oleh ramai orang, Final Fantasy VII Remake merupakan judul yang mempunyai jumlah muat turun tertinggi di PlayStation 4 (PS4).

Antara pencapaian hebat judul tersebut ialah Square Enix berjaya menjual 3.5 salinan dalam masa tiga hari sahaja selepas pelancarannya. Jumlah tersebut merupakan gabungan unit yang dijual secara digital dan fizikal.

Call of Duty: Modern Warfare masih popular di PS4 dan ia kini mencapai tempat kedua dalam perbandingan jumlah muat turun tertinggi di PS4 pada bulan April. Call of Duty: Warzone pula permainan percuma yang paling banyak dimuat turun pada bulan yang sama.

Nampaknya para pemilik PS4 tidak mengalami kekurangan permainan video yang menarik sewaktu pandemik COVID-19. Penulis berharap anda yang perlu kekal di rumah akan teruskan usaha melawan COVID-19 dengan menghiburkan diri menggunakan permainan video.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+