Final Fantasy VII Remake Jual 3.5 Juta Salinan Dalam Masa Tiga Hari

Antara permainan yang paling dinanti-nantikan tahun ini ialah Final Fantasy VII Remake. Dua minggu lepas, ia akhirnya dilancarkan dan jelas sekali ia merupakan satu kejayaan komersial bagi Square Enix.

Square Enix telah mengumumkan bahawa 3.5 juta salinan Final Fantasy VII Remake telah berjaya dijual dalam masa tiga hari sahaja selepas pelancaran judul tersebut. Jumlah tersebut adalah gabungan penghantaran salinan fizikal dan jualan digital.

Ini merupakan satu kejayaan yang amat hebat tetapi ia tidak begitu mengejutkan kerana memang ramai peminat Final Fantasy dan peminat genre Japanese role-playing game (JRPG) sudah lama menunggu pelancaran judul ini.

Jika anda tidak tahu, judul ini hanyalah bahagian pertama dalam sebuah siri yang mungkin mempunyai tiga bahagian. Final Fantasy VII Remake hanya merangkumi bahagian permulaan Final Fantasy VII yang asal.

Adakah Square Enix mampu mengulangi kejayaan sebegini bagi setiap bahagian yang bakal dilancarkan? Kita tunggu dan lihat.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+