Football Manager 2021 akan dilancarkan untuk PC pada 24 November

Judul terbaru dalam siri Football Manager iaitu Football Manager 2021 (FM21) kini telah diumumkan oleh penerbitnya Sega.

Permainan tersebut akan dilancarkan untuk PC pada 24 November ini.

Selain daripada versi PC, terdapat tiga versi lain iaitu FM21 Xbox Edition, FM21 Touch dan FM21 Mobile yang akan dilancarkan untuk platfrom lain.

Sama seperti FM20 yang dilancarkan pada tahun lepas, versi konsol hanya akan dilancarkan untuk platform Xbox. FM21 Xbox Edition akan dilancarkan pada bulan Disember ini. Versi ini akan menyokong pemindahan save konsol-ke-PC, satu ciri menarik untuk mereka yang memiliki Xbox dan juga PC.

Dalam siri Football Manager, versi Touch merupakan versi yang diperkemas untuk pengalaman permainan yang lebih mudah. FM21 Touch akan dilancarkan untuk PC dan Nintendo Switch pada 24 November. Ia juga akan dilancarkan untuk iOS dan Android pada masa depan.

Jelas sekali FM21 Mobile ialah versi yang dibangunkan untuk peranti mudah alih yang menggunakan iOS dan Android. Ia adalah versi yang paling ringkas dalam keluarga Football Manager. Sama seperti versi mudah alih FM21 Touch, tarikh pelancaran FM21 Mobile masih belum didedahkan oleh Sega.

Untuk maklumat lanjut mengenai Football Manager 2021, anda boleh melayari laman web rasminya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+