Fortnite: Shotgun Menerima Nerf – Bukan Lagi One Hit Kill

Senapang patah (Shotgun) sentiasa menjadi senjata kontroversi dalam Fortnite Battle Royale. Mulanya, ramai pemain nak senjata itu dihapuskan dari permainan. Mana taknya, kalau sekali ditembak terus mati, mesti lah bosan. Jadi untuk menjadikan perlawanan jarak dekat lebih adil untuk semua, Epic akan meninjau damage yang dikenakan oleh shotgun dan membuat perubahannya hari ini.

Perubahan terbesarnya ialah kebanyakan pemain akan perasan shotgun tak lagi boleh one-hit bunuh mereka yang mempunyai 100 nyawa dan 100 perisai. 

Ini adalah perubahan besar untuk pump shotguns yang mana serangan di kurangkan sebanyak 10, menjadikan versi uncommon kepada 80 dan versi rare kepada 85 base damage.

Tambahan lagi, kedua dua pump shotgun dan tactical shotgun mempunyai kadar serangan berganda dari 2.5 kepada 2.0. Selepas kira-kira bermakna damage mereka scaling kepada 170 dan bukan 200 lagi.

Ini adalah perubahan besar dalam Fortnite kerana pertarungan jarak dekat akan jadi berlainan lepasni. Lepas perubahan ini, heavy shotgun saja yang akan mengenakan serangan paling tinggi antara semua. Submachine guns dan pistol pula menjadi pilihan pemain sekarang. Selain itu, perubahan lain ialah perangkap yang mengenakan 150 damage berbanding 75 sebelum ini.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+