Microsoft Store."> Microsoft Store." /> Microsoft Store." />

Forza Horizon 4 akan tiba di Steam pada 9 Mac 2021

Microsoft telah mengumumkan bahawa permainan perlumbaan terbitan mereka Forza Horizon 4 akan dilancarkan di Steam pada 9 Mac tahun ini. Sebelum ini, pemain PC hanya boleh mendapatkannya melalui Microsoft Store.

Permainan ini merupakan judul terbaru dalam siri Forza Horizon. Ciri istimewa permainan ini adalah ia mempunyai kitaran musim dinamik yang cantik dan juga mencabar. Terdapat lebih daripada 450 kereta lumba yang boleh dipandu oleh pemain.

Pada waktu ini, permainan ini masih belum boleh dipra-tempah di Steam tetapi anda boleh memasukkannya ke dalam wishlist anda.

Forza Horizon 4 kini boleh dibeli untuk Xbox Series, Xbox One, dan PC (Microsoft Store).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+