Fredo Dan Soloz Antara Pemain Bintang Yang Akan Sertai Bosskurr Cup?

Jarang sebenarnya bagi kejohanan e-sukan menyertakan inisiatif murni seperti mengumpul sumbangan amal yang akan disalurkan kepada badan kebajikan. Di luar negara mungkin ada tapi di Malaysia, ia masih baru.

Piala Amal Bosskurr (Bosskurr Cup) adalah salah satu inisiatif organisasi tanah air, Team Bosskurr.

Menurut WTM Today, kejohanan ini yang akan berlangsung pada minggu depan sudah berjaya mengumpulkan RM14 ribu dengan sasaran akhir RM20 ribu bagi sumbangan.

Selain itu, ia akan disertai oleh ahli-ahli Boss Allstar dianggotai oleh Soloz, Obot, Fredo dan Gripex. 

Ia juga akan disertai oleh pasukan-pasukan di bawah naungan Bosskurr sendiri iaitu Team Bosskurr, Boss Axis, Boss Bangsawan, Boss JB, Boss NV, Boss Rusuh, Boss Sonia, dan Honey Juana Clan. Pasukan jemputan pula adalah Red Esports, Moonchild dan Godz.

Sebelum ini, Soloz pernah melakukan penstriman amal bagi membantu golongan memerlukan yang mana peminat memberikan derma dalam bentuk stars yang boleh ditukarkan kepada wang ringgit.

Sumber: WTM Today

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+