Fredo nasihatkan netizen tidak mengecam dan buat andaian sendiri

Pemain profesional Yoodo Gank, Ahmad Fuad Razali atau Fredo menasihatkan komuniti permainan mudah alih PUBG Mobile supaya tidak mengecam, menghukum ataupun mencaci terhadap isu yang timbul antara pemain pasukan Team Secret, BiuBiu bersama pengurusnya, Partibhan (OnTheGo).

Dalam kenyataannya hari ini, Fredo menulis “Saya ingin menasihat bahawa kita sebagai penyokong mahupun peminat tidak perlu mengecam, menghujat (caci-maki) atau menghukum OTG. Kita tidak tahu cerita diantara kedua belah pihak dan disebabkan inilah, kita tak perlu buat andaian sendiri,”.

Fredo merujuk kepada isu di mana BiuBiu meluahkan rasa kecewa (video minit 20 dan ke atas) kerana tidak dapat bermain di final PMWL Timur meskipun sudah membawa pasukan itu ke final. 

Kata Fredo lagi, lebih baik jika isu berkenaan diselesaikan antara mereka berdua.

Dalam kejohanan final liga dunia tersebut, pemain Team Secret, Asyam Allam (Rex) membuat kemunculan sebagai pemain baru pasukan berkenaan. Gandingan ReX dan uHigh juga dipuji peminat pasukan ini. 

Sementara itu, dakwaan BiuBiu juga terjawab apabila OTG mengaku beliau adalah orang yang dimaksudkan dalam satu strim BiuBiu pada semalam yang menjelaskan luahan hatinya.

Artikel berkaitan: CEO Team Secret harap peminat beri ruang kepada OTG dan BiuBiu

Sumber: Fredo

RELATED NEWS

+