Free Fire ialah permainan paling banyak dimuat turun pada tahun 2020

App Annie, syarikat statistik aplikasi mudah alih, telah melaporkan bahawa Garena Free Fire ialah permainan yang paling banyak dimuat turun pada tahun lepas.

Statistik ini mengambil kira keseluruhan jumlah muat turun di Apple App Store dan Google Play Store. Laporan daripada App Annie menunjukkan Among Us di tangga kedua, Subway Surfers di tangga ketiga, dan PUBG Mobile di tangga keempat.

Ini bermaksud Free Fire sudah dua tahun berturut-turut memegang takhta ini. Pada tahun lepas, ia juga mencatatkan rekod baharu dalam jumlah puncak pemain aktif harian yang mencecah lebih daripada 100 juta pemain.

Rekod jumlah puncak penonton serentak untuk acara e-sukan Free Fire juga dipecahkan pada tahun lepas. Free Fire Continental Series (FFCS) mencatatkan lebih daripada 2.5 juta penonton serentak.

Walaupun PUBG Mobile lebih popular di Malaysia, nampaknya komuniti permainan mudah alih antarabangsa lebih menyukai Free Fire.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+