Free Fire: Karakter K diperkenalkan, inspirasi daripada DJ KSHMR

Garena Free Fire mengumumkan karakter terbaru mereka, K yang diinspirasikan daripada DJ/penerbit KHSMR dari Spinnin’ Records.

K boleh dimainkan bermula esok. Antara kemahirannya adalah mempunyai pasif yang menaikkan EP kepada 250 (maksimum) dan dua kuasa aktif dengan dua mod:

  • Psych Professor: Pertukaran EP kepada HP dipertingkatkan kepada 500% untuk ahli kumpulan dan diri sendiri dalam radius 6 meter.
  • Jiujitsu Master: Menerima 2 EP setiap dua hingga tiga saat, sehingga 100-150 EP. Kuasa ini mempunyai cooldown selama 20 saat.

Selain itu, DJ KSHMR juga menulis lagu tema untuk acara Free Fire BOOYAH! Day, berjudul One More Round. 

Lagu itu mengisahkan tentang nilai persahabatan sama seperti pemain Free Fire yang perlu bekerjasama memenangi perlawanan.

Video rasmi akan dilancarkan pada minggu depan. Jika anda mahu mendengar lagu One More Round, boleh klik SINI.

Lagu tersebut sudah boleh didengari di platform Spotify dan Apple Music.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+