Free Fire kolaborasi bersama Attack on Titan, ada kostum Survey Corps dan banyak lagi

Garena mengumumkan kolaborasi antara Free Fire dan siri manga popular Attack On Titan yang kini sudah tersedia dalam permainan mudah alih tersebut.

Kolaborasi global ini akan mengajak pemain untuk menyelamatkan dunia sejagat yang mana Titan Titan yang memakan orang ini akan berkuasa di bumi Free Fire.

Dari sekarang hingga April, pemain akan ditawarkan peluang untuk menikmati kandungan eksklusif AOT berupa kostum baru, skin senjata dan mod istimewa yang baharu.

 

Pemain boleh memakai uniform dari Survey Corps yang mana ia akan mempunyai insignia Wings of Freedom tersemat di jaket tersedia untuk karakter lelaki dan wanita.

Pemain juga boleh melawan sebagai Titan dan mempunyai akses ke atas kostum Armored dan Attack Titan. 

Jangan lupa juga dapatkan skin senjata P90 dan M1014, yang mana ia menyamai rekaan Colossal Titan.

Bagi mod permainan baharu pula akan hadir pada 27 Mac ini dan segala butiran akan diketahui tak lama lagi.

RELATED NEWS

+