pengumuman skuad wanita pertama mereka untuk League of Legends, nampaknya FrostFire bersedia untuk mendedahkan skuad mereka yang seterusnya pula dalam PUBG."> pengumuman skuad wanita pertama mereka untuk League of Legends, nampaknya FrostFire bersedia untuk mendedahkan skuad mereka yang seterusnya pula dalam PUBG." /> pengumuman skuad wanita pertama mereka untuk League of Legends, nampaknya FrostFire bersedia untuk mendedahkan skuad mereka yang seterusnya pula dalam PUBG." />

FrostFire Umum Skuad Baru PUBG, Akan Sertai PSC 2019

Selepas pengumuman skuad wanita pertama mereka untuk League of Legends, nampaknya FrostFire bersedia untuk mendedahkan skuad mereka yang seterusnya pula dalam PUBG.

Mereka dianggotai oleh Jing Horng “Dreams” Lee, Yu Yan “CatFan” Tan, Tuck Yi “Xummer” Lai dan Elliot “Reviax” Xavier (kapten).

Skuad ini akan memulakan kembara e-sukan mereka dengan menyertai pusingan kelayakan MY/SG bagi Kejohanan PUBG Asia Tenggara Musim Kedua (PSC 2019) pada 22 Jun ini. Segala info untuk pertandingan itu korang boleh rujuk di SINI.

Pasukan Geek Fam pula menerima jemputan terus selain skuad tempatan yang dianggotai oleh streamer Sean “BadMaN” Tan, Battle Arena Elites juga dijemput ke kejohanan itu.

“Musim baru dengan roster baru yang memfokuskan pada kejohanan akan datang bagi fasa 3. Terima kasih kepada peminat kerana menyokong kami dan kami akan cuba yang terbaik untuk memberikan persembahan menarik kepada semua,” – kapten FrostFire PUBG, Elliot.

Gambar featured image: FrostFire

RELATED NEWS

+