Future Games Show 2020 akan berlangsung pada 7 Jun 2020

GamesRadar+ telah mengumumkan Future Games Show 2020, sebuah acara pembentangan permainan video yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini.

Mengikut waktu Malaysia, Future Games Show 2020 akan disiarkan secara langsung melalui YouTube, Twitch, Facebook, dan laman web GamesRadar+ pada 7 Jun 2020 pada waktu 5AM.

Acara tersebut akan dihoskan oleh dua pelakon suara yang sangat popular dalam kalangan pemain PlayStation iaitu Nolan North dan Emily Rose. Mereka merupakan pelakon suara untuk watak Nathan Drake dan Elena dari siri permainan video Uncharted.

Lebih daripada 30 permainan video akan dipertunjukkan di Future Games Show 2020. Antara syarikat-syarikat yang terlibat adalah Square Enix, Deep Silver, Devolver Digital, Team17, dan banyak lagi.

GamesRadar+ menjanjikan acara tersebut akan mempertunjukkan temu bual, perbincangan, pertunjukkan trailer permainan video, dan banyak lagi.

Sumber: GamesRadar+, Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+