Pembentangan penuh mengenai siri kad grafik baharu ini akan berlangsung pada penghujung bulan Oktober ini."> Pembentangan penuh mengenai siri kad grafik baharu ini akan berlangsung pada penghujung bulan Oktober ini." /> Pembentangan penuh mengenai siri kad grafik baharu ini akan berlangsung pada penghujung bulan Oktober ini." />

Gambar pertama kad grafik baharu AMD Radeon RX 6000 dipertunjukkan

AMD telah mendedahkan gambar pertama siri kad grafik Radeon RX 6000 melalui akaun Twitter mereka. Pembentangan penuh mengenai siri kad grafik baharu ini akan berlangsung pada penghujung bulan Oktober ini.

Syarikat tersebut tidak menyatakan model kad grafik yang dipertunjukkan tetapi ia memang merupakan salah satu kad grafik baharu yang menggunakan seni bina RDNA 2.

Sepertimana Nvidia menonjolkan kad grafik flagship mereka iaitu GeForce RTX 3080 di GeForce Special Event, penulis yakin kad grafik yang dipertunjukkan di atas ialah Radeon RX 6700 XT, adik kepada Radeon RX 5700 XT.

Jika anda gemar bermain Fortnite, anda juga boleh melihat kad grafik di atas dalam permainan tersebut dengan mengunjungi Fornite Creative Island dengan kod 8651-9841-1639.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+