Game Detective Pikachu Baru Diumumkan Untuk Nintendo Switch

Semasa persidangan Pokemon yang diadakan baru-baru ini, The Pokemon Company mengumumkan Detective Pikachu bakal mendapat game terbaru di Nintendo Switch.

Buat pengetahuan korang, game pertama Detective Pikachu dipanggil sebagai Great Detective Pikachu: Birth of a New Duo cuma dilancarkan di Jepun pada 2016 manakala game kedua yang menggunakan judul sama, Detective Pikachu dikeluarkan pada tahun lepas.

Buat masa sekarang, tiada lagi info lain diberikan oleh pihak The Pokemon Company. Kelihatan syarikat ini mahu melancarkan kesinambungan game Detective Pikachu dek kerana respons yang memberangsangkan terhadap edisi filem live-action Detective Pikachu.

Baca: Review: Filem Pokemon Detective Pikachu Berjaya Memecahkan Sumpahan Buruk Filem Video Game!

Setakat ini, game ketiga Detective Pikachu bakal dilancarkan di Nintendo Switch dan tarikh rasmi mungkin diumumkan kelak.

RELATED NEWS

+