Game Percuma PS+ April 2020 – Uncharted 4 Dan Dirt Rally 2.0

Pada bulan Januari 2020, pelanggan PlayStation Plus (PS+) diberikan Uncharted: The Nathan Drake Collection secara percuma. Pada bulan April ini, anda boleh melengkapkan keseluruhan siri Uncharted.

Dua permainan video percuma buat pelanggan PS+ untuk bulan April 2020 telah didedahkan. Bermula pada 7 April 2020, pelanggan PS+ boleh muat turun Uncharted 4: A Thief’s End dan Dirt Rally 2.0.

Uncharted 4 merupakan judul utama terakhir dalam siri Uncharted. Ia judul Uncharted pertama yang dilancarkan untuk PlayStation 4 (PS4) yang mempunyai kawasan yang jauh lebih besar dan menarik berbanding dengan tiga judul Uncharted yang dilancarkan untuk PlayStation 3 (PS3).

Seperti biasa, pemain akan bermain sebagai Nathan Drake dan menerokai pelbagai tempat di seluruh dunia untuk mencari harta karun. Kali ini, Drake dan abangnya Sam berganding bahu untuk mencari harta karun Henry Avery, seorang lanun yang hidup sekitar zaman 1960-an.

Dirt Rally 2.0 pula merupakan sebuah permainan video perlumbaan yang berfokuskan kepada perlumbaan rali dan rallycross. Anda boleh berlumba di litar dari seluruh penjuru dunia seperti Argentina, Australia, Spain, dan banyak lagi.

Pada waktu ini, permainan video percuma PS+ untuk bulan Mac 2020 masih boleh dimuat turun. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk muat turun Shadow of the Colossus dan Sonic Forces.

Sumber: Gamespot

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+