Gamers Boleh Beli Kredit PlayStation Network Menggunakan Talian Celcom Bermula Hari Ini

Penulis pernah membeli in-game item menggunakan celcom billing dan ia memudahkan urusan jual beli kerana tidak perlu membayar dengan segera sebaliknya caj itu dikenakan pada bil seterusnya.

Berita baiknya buat gamers, kali ini Celcom sekali lagi menawarkan kaedah pembelian kredit tapi kini khusus untuk pengguna PlayStation Network.

Dua tawaran diberikan oleh Celcom iaitu baucar RM25 dan RM42 yang boleh dibeli dengan harga RM30 dan RM50 namun masih belum termasuk caj GST. Kos akhir diletakkan pada RM31.80 dan RM53. 

Untuk mula mendapatkan kredit itu, sila klik di sini.

Bagi penulis, pertimbangkan kaedah pembelian lain juga seperti kad kredit atau Paypal kerana yang paling penting di sini adalah nilai wang digunakan untuk membeli sesuatu barangan tanpa sebarang caj.

RELATED NEWS

+