Gamers Mungkin Hanya Membeli Permainan Video Secara Digital Pada Tahun 2022 – Kata Penganalisa

Pada tahun 2022, diramalkan tiada lagi jualan fizikal untuk game di konsol sebaliknya semuanya akan beralih pada digital. Ini bermakna tinggal empat tahun lagi sebelum kita ucapkan selamat tinggal pada CD fizikal.

“Ia adalah satu kepastian yang permainan video akan meraih keuntungan 100% dalam bentuk digital pada beberapa tahun akan datang,” kata penganalisa, Piper Jaffray. “Walaupun tarikhnya belum dapat dipastikan, kami rasa 2022 adalah jangkaan realistik,”

Jangkaan analist bagaimanapun bukanlah begitu tepat. Laporan Piper Jaffray hanya memfokuskan bagaimana keuntungan digital pada masa depan untuk permainan video boleh memberikan nilai tambah kepada syarikat gergasi seperti Activision Blizzard dan EA, yang mana laporan melihat kepada nilai tambah dari segi operasi sebanyak 10 peratus dalam masa lima tahun.

Take-Two Interactive, yang memiliki Rockstar dan 2K Games adalah dikecualikan kerana meraih keuntungan luar biasa dengan GTA Online.

Selain itu, ura-ura mengatakan next-gen gaming akan bergantung kepada penstriman permainan dan pengumuman Microsoft yang menyasarkan kepada teknologi penstriman di mana-mana platform. CEO Ubisoft juga percaya kepada hardware next-gen, mengatakan penstriman sangat penting untuk pembangun permainan video.

Sekali lagi, laporan ini bukanlah 100% benar dan boleh diragui kerana ia hanya membincangkan bagaimana pembangun boleh meraih keuntungan lebih banyak menerusi jualan digital.

Sumber: USGamer

RELATED NEWS

+