Gamescom 2020 Dibatalkan, Akan Diganti Acara Digital

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak acara e-sukan dan permainan video dibatalkan termasuk Electronic Entertainment Expo (E3) dan juga Game Developers Conference (GDC). Malangnya, Gamescom kini menyertai senarai tersebut.

Melalui akaun Twitter rasmi Gamescom, pihak penganjur acara tersebut telah mengumumkan bahawa Gamescom 2020 dibatalkan secara rasmi. Mereka kini sedang merancang untuk mengajurkan acara digital sebagai pengganti.

Tarikh untuk acara digital tersebut masih belum ditetapkan. Pihak Gamescom menyatakan mereka akan berkongsi berita lebih lanjut dalam masa beberapa minggu akan datang.

Tiket Gamescom 2020 akan dibayar balik sepenuhnya dan pihak Koelnmasse akan menangani proses pembayaran balik yang dijangkakan akan mengambil masa beberapa minggu.

Foto: Gamescom

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+