Geek Fam Anjur Breakdown Bootcamp, Beri Peluang Kepada Peminat Pelajari Taktik Dan Strategi

Minggu lalu, peminat Dota 2 berpeluang untuk bertemu dengan ahli pasukan Geek Fam sempena Breakdown Bootcamp yang diadakan di Taylor’s University Lakeside Campus.

Ia dihadiri oleh Kuku, DuBu, Raven dan Ryoya yang berkongsi pengalaman mereka sebagai pemain profesional.

Acara ini membuka ruang kepada peminat bertuah bagi mempelajari teknik permainan ahli Geek Fam dan soft skills mereka seperti membuat keputusan saat menghadapi kelayakan MDL Chengdu Major dan Dota Summit Minor tak lama dulu.

Antara fokus lain ketika kem latihan tersebut ialah pendedahan bagaimana pemain profesional membuat drafting dan implikasinya dalam perlawanan. Selain itu, peminat juga disajikan dengan pelbagai cabutan bertuah dan goodie bags. Jom saksikan foto-foto di bawah:

Ketika menghadiri bootcamp tersebut, peminat juga menerima baucar dari Gamer’s Hideout, topi Predator Gaming, baju Predator Gaming dan macam-macam lagi barangan gaming dari HyperX.

Inisiatif ini dicetuskan oleh The Geek Academy yang membantu anak muda untuk menjadi pemain kompetitif dan pada masa yang sama menjadi insan lebih baik. 

Antara fokus yang diberi ialah kemahiran kognitif, mental dan sosial yang boleh mempersiapkan pemain menghadapi cabaran alam maya dan juga dunia nyata. Mereka juga menyediakan subjek spesifik yang diajar oleh pemain industri.

RELATED NEWS

+