Geek Fam bersedia hadapi Grand Final Free Fire Continental Series Asia esok

Kejohanan Free Fire Continental Series (FFCS) Grand Finals Asia akan bermula esok yang mana 12 pasukan serata Asia akan bertarung untuk merebut hadiah terkumpul RM1.2 juta.

Kami sempat menemubual wakil Malaysia, Geek Fam (dulunya pemain skuad NoxScape). 

Mereka diwakili oleh Mohammad Akiq “Akiq” Akimi (kapten), Haziq “Haziq” Daniel, Muhammad Hafiz “Apiz” Azhar, Muhammad “Shoyu” Aiman, dan Noor Irfan “Raine” Haqeemy.

 

MGO: Sebagai satu-satunya wakil Malaysia bermain di kejohanan ini (selepas keputusan Play-ins), apa perasaan anda?

Geek Fam: Kami rasa bangga dapat menjadi satu-satunya wakil Malaysia. Ia adalah satu penghargaan untuk bermain dalam kejohanan ini bersama enam lagi pasukan dari rantau Asia. 

Semestinya kami rasa sedikit tertekan apabila peringkat Play-ins selesai. Kami rasa semua orang mempunyai harapan yang tinggi terhadap kami.

Pasukan-pasukan bertanding juga sangat kuat tapi kami akan cuba terbaik sebagai wakil Malaysia.

 

MGO: Bagaimana persediaan anda untuk kejohanan ini? Adakah anda lakukan scrim bersama pasukan pro lain? Pasukan mana yang menjadi pilihan?

Geek Fam: Kami sudah melanjutkan sesi latihan dan memasukkan banyak waktu rehat untuk memikirkan kembali strategi dan perbetulkan kesilapan. Kami meluangkan masa yang banyak untuk menganalisa pasukan lain.

Selain itu, kami lakuakan scrim dengan pasuakn pro lain. Ia adalah peluang untuk mencuba jika strategi kami berkesan di peringkat tertinggi. Walaupun teknik digunakan sudah membuahkan hasil di perlawanan rank, kami juga faham yang ia sangat berbeza dengan perlawanan profesional.

Kami memberi perhatian kepada pasukan EVOS Esports TH. Bukan saja mereka rusher yang hebat tapi keserasian dan kerjasama antara mereka boleh dikatakan antara yang terbaik dalam FFCS: Asia. EVOS Esports TH adalah satu-satunya pasukan kami cuba elak lawan secara bermuka pada awal permainan.

 

MGO: Apakah cabaran bermain FFCS secara virtual? Adakah anda semua main bersama di gaming house?

Geek Fam: Yang menjadi cabarannya adalah kestabilan sambungan Internet. Alhamdulillah, kami sekarang tinggal bersama di gaming house dan sambungan Internet tak menjadi satu isu.

Kami ingin ucapkan terima kasih kepada Geek Fam yang menyediakan fasiliti ini untuk bersedia dan berlatih bagi menghadapi pertandingan.

Selepas tinggal bersama untuk suatu ketika, ia sudah menjadi pengalaman “Once a Geek, Always a Fam”. Bersama-sama kami luangkan masa dan eratkan hubungan sebagai satu pasukan.

 

MGO: Apa yang anda boleh katakan pengalaman bermain di bawah Geek Fam?

Geek Fam: Rasa seronok dan teruja dapat bermain untuk Geek Fam. Mereka menyediakan banyak bantuan dari pelbagai sudut untuk kami berlatih.

Tiada kata-kata untuk menggambarkan penghargaan kepada mereka dan kami sekali lagi ingin ucapkan terima kasih.

 

MGO: Apakah perspektif keluarga terhadap penglibatan anda dalam e-sukan?

Geek Fam: Pada awalnya, apabila kami bermula, keluarga tak memberi sokongan sepenuhnya. Tapi kami berjaya buktikan pada mereka yang e-sukan ada masa depan. Selepas memangi FFCT Champion dan menyertai Geek Fam, keluarga memang sangat bangga dan beri sokongan penuh.

 

MGO: Bagaimana anda rasa prestasi pasukan anda yang akan melawan pasukan lain terkuat di Asia? Apa jangkaan anda?

Geek Fam: Kami sedikit gementar tapi akan cuba memastikan Malaysia adalah di peringkat sama seperti pasukan hebat lain dan mengalahkan mereka dengan sinergi kami. 

 

MGO: Kata-kata untuk rakyat Malaysia memberi sokongan?

Geek Fam: Dengan adanya pelbagai kejohanan sekarang, sokongan daripada peminat sangatlah memberangsangkan.

Kami ingin ucapkan terima kasih di atas sokongan berterusan. Kami tak mungkin berada di tahap ini kalau bukan kerana motivasi diberikan. Teruskan menyokong kami dan bersama kita berdiri teguh.

Akhir sekali, kami sayang setiap seorang dari anda dan “Once a Geek, always a Fam!,”

 

7 pasukan yang layak secara terus

  • Geek Fam (Malaysia)
  • TEAM KNIGHTS (Taiwan)
  • Total Gaming Esports (India)
  • EVOS Esports (Indonesia)
  • EV THAILAND (Thailand)
  • House of Blood (Pakistan)
  • Heavy (Vietnam)

5 pasukan terbaik dari Play-ins

  • King of Gamers Club
  • EXP Esports
  • Burst The Sky
  • RRQ Hades
  • V Gaming

Juara FFCS Asia Series Grand Finals akan memenangi bahagian terbesar hadiah terkumpul yang berjumlah AS$300,000 (RM1.2 juta). 

RELATED NEWS

+