Geek Fam MY guna pemain senior lawan Suhaz EVOS, 2-1

Perlawanan antara Suhaz EVOS dan Geek Fam hari ini berlangsung dengan sengit. Kedua-dua pasukan menunjukkan gaya permainan yang matang, berdisiplin dan berhati-hati.

Namun, Geek mencipta kejutan dengan kemenangan 2-1.

Mereka juga menggunakan dua pemain senior lain, Feekz dan Dominus bagi perlawanan hari ini.

 

PERLAWANAN PERTAMA

Pemilihan Geek Fam yang memberikan Feekz bermain untuk minggu kelima ini banyak membantu.

Gaya permainannya sebagai Granger sangat berkesan dan membantu Geek Fam mengasak pasukan Suhaz. Penggunaan Natalia dan Hayabusa juga agak licik kerana seringkali menangkap dan melarikan diri dengan lincah.

Penggunaan Angela juga kurang berkesan, tidak seperti dalam perlawanan Suhaz ke atas Team Bosskurr semalam.

Hyhy mendapatkan The Carry sebagai Lapu-Lapu dan AJ mendapatkan assists tertinggi.

Feekz menjadi MVP kerana kemahirannya menggunakan marksman (tak boleh dinafikan lagi).

 

PERLAWANAN KEDUA

Bagi perlawanan kedua pula, Suhaz EVOS belajar dari kesilapan dan menggunakan support yang lebih magical seperti Eudora. Mereka juga mengambil hero rotasi yang cepat iaitu Baxia dan Jawhead.

Perlawanan kedua ini sangat sengit kerana ada beberapa kali perlawanan yang sama adil tapi perlawanan di minit akhir di Lord sangat penting yang mana Suhaz membuat split-push dan seterusnya menamatkan permainan.

Box menerima The Carry dengan daya serangan 144,714 sementara Artz adalah Sand Bag dan ini adalah jumlah tertinggi setakat ini pada musim liga MPL MY musim ketujuh.

Hyhy pula menerima MVP dengan sembilan mata bunuh dan hanya empat kematian.

 

PERLAWANAN KETIGA

Pada perlawanan penentuan ini, Geek Fam mengambil Wan Wan pada last pick. Mungkin ia berisiko kerana Lilbee susah untuk farm pada awal permainan tapi ia cukup memberikan impak apabila perlawanan terus berlangsung hingga ke 15 minit.

Chang’e yang juga pilihan dari jurulatih Amoux nyata berjaya mematahkan strategi Suhaz EVOS yang bermain lebih agresif mengambil Lord. Ultinya mampu menjatuhkan Lord dengan cepat.

Di saat pengulas juga tertanya kenapa Silvanna dipilih, ia adalah untuk menangkap D Ace berulang kali apabila beliau face check semak dan mana-mana hero Suhaz yang ingin melarikan diri.

Kesudahannya, perlawanan antara kedua pasukan ini sangat sengit di mana Lilbee mengenakan lebih 70,000 damage sebagai Wan Wan dan Box pula adalah yang paling kaya menggunakan Rodger.

Dominus layak menerima MVP kerana selalu menjatuhkan Lord sewaktu Suhaz EVOS mengasak.

RELATED NEWS

+